Norwex Singapore Pte. Ltd.– Terma & Syarat Laman Web
Selamat datang ke laman web Norwex Singapore Pte. Ltd., ("Norwex" atau "kami").
Terma dan syarat berikut, bersama dengan mana-mana petikan, perjanjian, dokumen atau dasar lain yang dirujuk, digabungkan secara jelas di sini ("Terma" secara kolektif) dan terpakai untuk penggunaan norwex.sg dan mana-mana subdomainnya, termasuk sebarang kandungan, muat turun, katalog, kefungsian, Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di atau melalui ("Laman Web") norwex.sg , serta berkenaan dengan pembelian yang anda lakukan melalui Laman Web ("Pembelian") produk atau perkhidmatan Norwex ("Produk")).
Sila baca Terma ini dengan teliti sebelum anda mengakses atau mula menggunakan Laman Web atau melakukan sebarang Pembelian.
Dengan menggunakan Laman Web dan/atau melengkapkan mana-mana Pembelia, anda menerima dan bersetuju untuk mematuhi Terma ini, yang boleh didapati di www.norwex.sg.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma atau
Dasar Privasi ini, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, anda mestilah meninggalkan Laman Web dan/atau menahan diri daripada melakukan sebarang Pembelian.
1. Perubahan pada Terma
Kami mungkin, mengikut budi bicara kami sendiri, menyemak dan mengemas kini Terma ini dari semasa ke semasa. Anda mestilah menyemak halaman ini dari semasa ke semasa untuk melihat sebarang perubahan yang kami lakukan, kerana ia akan mengikat anda. Penggunaan Laman Web oleh anda secara berterusan atau pesanan mana-mana Produk selepas penerbitan mana-mana Terma yang telah disemak semula bermaksud anda menerima dan menyetujui perubahan tersebut.
2. Akses kepada Laman Web
Laman Web ini bertujuan untuk digunakan oleh individu berumur 13 tahun ke atas, jika anda berusia kurang daripada 13 tahun, sila jangan mengakses Laman Web ini.
Pembelian hanya dibenarkan untuk individu yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Sekiranya anda membenarkan anak bawah umur anda atau anak di bawah jagaan sah anda (seorang "Minor") untuk mengakses Laman Web ini, anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk (i) tingkah laku dalam talian oleh Minor tersebut, (ii) memantau akses kepada dan penggunaan Laman Web ini oleh Minor tersebut, dan (iii) akibat daripada penggunaan laman web oleh Minor tersebut.
Kami tidak berhasrat untuk meminta maklumat daripada, atau memasarkan mana-mana Produk atau perkhidmatan, kepada Minor melalui Laman Web ini. Perlindungan kawalan ibu bapa (seperti perkakasan komputer, perisian, atau perkhidmatan penapisan) adakah tersedia secara komersial yang dapat membantu anda dalam mengehadkan akses kepada bahan dan maklumat yang mungkin berbahaya bagi seorang Minor.
Akses ke Laman Web ini dibenarkan untuk tempoh yang sementara, dan kami berhak menarik balik atau meminda mana-mana Produk dan/atau perkhidmatan yang kami sediakan dalam Laman Web ini mengikut budi bicara kami sendiri dan tanpa notis. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya, atas apa sebab sekalipun, semua atau sebahagian Laman Web tidak tersedia pada bila-bila masa atau untuk tempoh berapa lama sekalipun. Dari semasa ke semasa, kami mungkin mengehadkan akses kepada sesetengah bahagian Laman Web, atau seluruh Laman Web, kepada pengguna, termasuk pengguna yang berdaftar.
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua individu yang mengakses Laman web melalui sambungan internet anda mengetahui Terma ini dan bahawa mereka mematuhinya.
3. Kata laluan; Keselamatan
Untuk mengakses Laman Web atau sesetengah sumber yang ditawarkannya, atau untuk melakukan Pembelian, anda mungkin diminta untuk memberikan butiran pendaftaran yang tertentu atau maklumat lain. Syarat penting penggunaan Laman Web oleh anda dan/atau penyelesaian mana-mana Pembelian, ialah semua maklumat yang anda berikan dalam Laman Web ini adalah betul, terkini dan lengkap.
Sekiranya anda memilih, atau anda diberi nama pengguna, kata laluan, atau maklumat lain sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan kami, anda mesti menganggap maklumat tersebut sebagai sulit, dan anda tidak boleh mendedahkannya kepada pihak ketiga. Anda bersetuju untuk segera memaklumkan kepada kami mengenai sebarang penggunaan nama pengguna atau kata laluan anda tanpa keizinan atau sebarang pelanggaran keselamatan lain dan memastikan bahawa anda keluar daripada akaun anda pada akhir setiap sesi. Anda mestilah berhati-hati ketika mengakses akaun anda daripada komputer awam atau yang dikongsi supaya individu lain tidak dapat melihat atau merekodkan kata laluan anda atau maklumat peribadi lain.
Anda bertanggungjawab untuk semua penggunaan dan aktiviti yang dilakukan menggunakan nama pengguna, kata laluan, atau sebarang maklumat lain yang diberikan kepada anda sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan kami, termasuk sebarang penggunaan atau aktiviti yang dilakukan oleh pihak ketiga. Kami tidak akan bertanggungjawab, atau dipertanggungjawabkan, secara langsung, atau tidak langsung, dengan apa cara sekalipun atas sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku akibat, atau berkaitan dengan, kegagalan anda untuk mematuhi bahagian Terma Penggunaan ini.
Kami berhak untuk melumpuhkan sebarang kod atau kata laluan pengenalan pengguna, sama ada yang dipilih oleh anda atau disediakan oleh kami, pada bila-bila masa, atas apa sebab sekalipun, termasuk, jika pada pendapat kami, anda telah gagal mematuhi sebarang peruntukan daripada Terma ini.
4. Terma Pembelian dalam Talian
Klausa berikut adalah berkaitan dengan semua Pembelian yang dilakukan melalui Laman Web.
4.1 Cara Membuat Pesanan melalui Laman Web
Setelah membuat pesanan, anda akan menerima e-mel daripada kami yang mengakui bahawa kami telah menerima pesanan anda ("Pengesahan Pesanan"). Harap maklum bahawa ini tidak bermaksud bahawa pesanan anda telah diterima. Pesanan anda merupakan tawaran kepada kami untuk membeli Produk, juga dikenali sebagai 'pelawaan tawaran'. Semua pesanan adalah tertakluk pada penerimaan oleh kami, dan kami akan mengesahkan penerimaan tersebut kepada anda dengan menghantar e-mel yang mengesahkan penghantaran pesanan anda ("Pengesahan Penghantaran").
Kontrak dengan kami hanya akan terbentuk apabila kami menghantar Pengesahan Penghantaran kepada anda. Kontrak hanya akan berkaitan dengan Produk yang penghantarannya telah kami sahkan dalam Pengesahan Penghantaran. Kami tidak akan berkewajipan untuk membekalkan Produk lain yang mungkin menjadi sebahagian daripada pesanan anda dalam Pengesahan Pesanan yang berasingan. Kami berhak untuk membatalkan pesanan anda pada bila-bila masa sebelum kami menerimanya dan kami mungkin membatalkan penerimaan kami dan membatalkan pesanan anda sekiranya terdapat kesalahan yang jelas pada harga, di mana Produk tidak lagi tersedia dalam inventori kami atau pesanan anda mungkin melanggar atau telah melanggar undang-undang yang terpakai di Singapura.
4.2 Harga & Ketersediaan Produk
Harga, spesifikasi serta ketersediaan Produk dalam Laman Web boleh berubah tanpa notis. Kesalahan akan diperbetulkan apabila dikenal pasti. Laman Web kami mengandungi banyak Produk dan selalu ada kemungkinan di mana, meskipun dengan usaha terbaik kami, beberapa Produk yang disenaraikan dalam Laman Web kami mungkin diletakkan harga yang salah. Kami lazimnya akan mengesahkan harga sebagai sebahagian daripada prosedur Pengiriman kami supaya, di mana harga Produk yang betul adalah kurang daripada harga yang kami nyatakan, kami akan mengenakan jumlah yang lebih rendah ketika menghantar Produk kepada anda.
Sekiranya harga Produk yang betul adalah lebih tinggi daripada harga yang dinyatakan dalam Laman Web kami, kami lazimnya, mengikut budi bicara kami, sama ada menghubungi anda untuk mendapatkan arahan sebelum menghantar Produk, atau menolak pesanan anda dan memaklumkan kepada anda tentang penolakan tersebut. Kami tidak berkewajipan untuk menyediakan Produk kepada anda dengan harga yang salah (lebih rendah), walaupun setelah kami hantarkan Pengesahan Pesanan atau Pengesahan Pengiriman, jika kesalahan harga adalah jelas dan nyata dan seharusnya boleh dikenal pasti oleh anda sebagai kesalahan harga.
4.3 Produk yang Kehabisan Stok
Adakalanya, anda mungkin boleh meletakkan Produk dalam troli belanja anda dan menghantarkan pesanan anda untuk diproses, tetapi pesanan anda kemudiannya dibatalkan kerana Produk tidak tersedia. Anda mengakui bahawa Produk mungkin laris terjual dan mungkin ada tempoh yang singkat setelah pesanan dihantar, di mana Produk tidak lagi tersedia. Anda bersetuju bahawa kami boleh membatalkan pesanan anda setelah anda menerima Pengesahan Pesanan tanpa penalti.
4.4 Produk yang Dihentikan
Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, anda mungkin menerima Pengesahan Penghantaran daripada kami, tetapi Produk tidak lagi tersedia dalam inventori kami. Anda bersetuju bahawa kami mungkin membatalkan penerimaan kami dan membatalkan pesanan anda tanpa penalti sekiranya kami tidak dapat menghantar Produk yang anda pesan kerana ia telah dihentikan.
5. Pengiriman & Penghantaran
Produk hanya boleh dihantar ke alamat di Singapura.
Istilah ‘pengiriman’ atau ‘kirim’ merangkumi bermulanya pengiriman Produk dalam pesanan untuk Pembelian berbilang atau di mana Produk yang dibeli terdiri daripada komponen yang mesti dihantar secara berasingan. Contohnya, pesanan anda mungkin terdiri daripada (1) beberapa Produk yang berbeza, (2) sebilangan Produk yang sama, atau, (3) satu Produk dengan beberapa bahagian komponen yang saiznya mungkin memerlukannya dihantar dalam bungkusan yang berasingan. Bagi semua pesanan tersebut, kami berusaha untuk menghantar bungkusan individu bersama-sama supaya ia tiba pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, apabila ia tidak dapat dilakukan, kami memulakan pengiriman dengan mengirim bungkusan individu mengikut turutan secepat mungkin ia tersedia dan keadaan mengizinkan. Dalam keadaan seperti ini, notis kami kepada anda bahawa pesanan anda telah "dikirim", menandakan masa penghantaran telah bermula; ini tidak bermaksud bahawa semua Produk dalam pesanan telah dikirim pada masa itu. Anda bersetuju bahawa kad kredit dan kad debit akan dicajkan pada tarikh tempahan inventori untuk pesanan, bukan tarikh pengiriman.
Pesanan anda akan dipenuhi sebelum anggaran tarikh pengiriman yang dinyatakan dalam Pengesahan Pengiriman, atau sebagaimana dinyatakan dalam Laman Web. Sekiranya kami tidak dapat memenuhi anggaran tarikh penghantaran, kami akan menghubungi anda dengan anggaran tarikh penghantaran yang disemak.
Harap maklum bahawa kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Laman Web, anggaran pengiriman adalah anggaran semata-mata. Ia tidak menjamin masa pengiriman dan tidak boleh disandarkan atasnya.
5.1 Pengendalian Khas
Sesetengah Produk Norwex memerlukan pengendalian khusus sebagaimana ditentukan oleh undang-undang dan peraturan setempat yang mentadbir pengiriman barang-barang ini. Kaedah pengiriman untuk Produk adalah ditentukan oleh peraturan perundangan tersebut. Norwex mematuhi peraturan ini dan pengiriman sesetengah Produk ke lokasi tertentu mungkin tidak dapat dilakukan. Sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Pelanggan Norwex untuk maklumat pengiriman tambahan.
5.2 Pesanan yang Tidak Dapat Dihantar
Dalam sesetengah kes, pesanan mungkin dikembalikan kepada Norwex jika penghantar tidak dapat menghantarkannya ke alamat kiriman yang ditentukan atas sebab bukan kesalahan Norwex. Dalam kes sedemikian dan atas permintaan anda, Norwex akan berusaha mengirim semula Produk. Harap maklum bahawa anda akan dikenakan kos penghantaran untuk kedua-dua pengiriman asal yang gagal dan sebarang penghantaran atau percubaan penghantaran yang berikutnya.
5.3 Dasar Pengembalian Produk
Sekiranya atas sebab apa sekalipun anda tidak berpuas hati sepenuhnya dengan Produk Norwex, anda atau Perunding Norwex boleh mengembalikan bahagian Produk yang tidak digunakan dalam masa 60 (enam puluh) hari dari tarikh penghantaran dengan syarat Borang Pengembalian yang lengkap dan Borang Pesanan Pelanggan yang asal dengan tarikh Pembelian dilampirkan bersama Produk. Untuk Produk yang dikembalikan mengikut dasar ini, Norwex akan, mengikut pilihan anda:
(a) memulangkan semula jumlah yang dibayar untuk Produk dengan mengkreditkan 100% daripada harga Pembelian (ditolak kos pengiriman dan pengendalian) dan cukai jualan pada kad kredit yang digunakan untuk membuat Pembelian; atau
(b) menukar Produk yang dikembalikan dengan Produk dengan nilai yang sama atau kurang daripada Produk yang anda pilih. Harga pembelian asal (ditolak kos pengiriman dan pengendalian) dan cukai jualan akan dipulangkan semula.
Untuk membatalkan pesanan atau kontrak, sila hubungi Perunding Norwex atau talian telefon Perkhidmatan Pelanggan kami (+65-800-852-6863) atau hantarkan e-mel kepada kami di sg-info@norwex.com untuk memaklumkan kepada kami. Anda mungkin ingin menyimpan salinan notis pembatalan anda untuk rekod anda sendiri. Sekiranya anda menghantar notis pembatalan anda melalui e-mel atau pos, pembatalan anda akan berkuat kuasa dari tarikh anda menghantar e-mel kepada kami atau menghantar surat kepada kami.
5.4 Risiko Kerugian; Hak
Semua Produk yang dibeli daripada Laman Web kami adalah dibuat berdasarkan kontrak pengiriman. Ini bererti bahawa, tertakluk pada pembayaran Produk sepenuhnya, risiko kehilangan dan hak atas Produk tersebut akan dipindahkan kepada anda setelah serahan Produk oleh Norwex kepada penghantar.
5.5 Penarikan Semula Produk
Kami berhak menarik balik sebarang Produk daripada Laman Web ini pada bila-bila masa dan/atau memadam atau menyunting sebarang bahan atau kandungan dalam Laman Web ini. Walaupun kami akan berusaha sedaya upaya untuk terus memproses semua pesanan, mungkin terdapat keadaan luar biasa yang menyebabkan kami mungkin perlu menolak untuk memproses pesanan setelah kami mengirimkan Pengesahan Pesanan, yang kami berhak untuk lakukan pada bila-bila masa, mengikut budi bicara kami sendiri.
Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga yang lain dengan alasan kami menarik balik sebarang Produk daripada Laman Web ini, sama ada telah dijual atau tidak, memadam atau menyunting sebarang bahan atau kandungan dalam Laman web ini atau kerana enggan memproses atau menerima pesanan setelah kami menghantar Pengesahan Pesanan kepada anda.
5.6 Waranti – Produk
Norwex dengan jelas memaparkan waranti Produk di samping atau berhampiran Produk sebenar yang berkaitan dengan waranti. Sekiranya tiada waranti Produk sepertinya yang dipaparkan, sebagai alternatif, Norwex memberikan tempoh jaminan lalai selama 60 hari untuk Produk dari tarikh penghantaran.
6. Standard privasi kami: Sila lihat bahagian Dasar Privasi dalam Laman Web ini.
7. PENAFIAN PERWAKILAN DAN WARANTI – PRODUK
Kecuali seperti yang dinyatakan di atas 'Waranti - Produk', NORWEX DENGAN INI MENAFIKAN SEMUA PERWAKILAN DAN WARANTI ATAU SEBARANG JENIS SYARAT, SAMA ADA JELAS ATAU TERSIRAT, BERKANUN ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA SEBARANG PERWAKILAN, WARANTI DAN KEADAAN KUALITI YANG MEMUASKAN ATAU KEBOLEHDAGANGAN, WARANTI TERSIRAT ATAS HAK, BUKAN PELANGGARAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, ATAU SEBARANG KEADAAN LAIN.
UNDANG-UNDANG TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN HAD ATAS WARANTI YANG TERSIRAT ATAU PENGECUALIAN ATAU HAD PAMPASAN TERTENTU. JIKA UNDANG-UNDANG INI TERPAKAI KEPADA ANDA, SESETENGAH ATAU SEMUA PENAFIAN DI ATAS, PENGECUALIAN, ATAU HAD MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA, DAN ANDA BOLEH MEMILIKI HAK TAMBAHAN.
7.1 Had Liabiliti – Produk
DALAM APA JUA KEADAAN, NORWEX, ANAK SYARIKATNYA, SEKUTUNYA, PEMBERI LESENNYA, PENYEDIA PERKHIDMATANNYA, KAKITANGANNYA, EJENNYA, PEGAWAI DAN/ATAU PENGARAHNYA TIDAK AKAN TANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG JENIS KERUGIAN, DI BAWAH SEBARANG TEORI PERUNDANGAN, YANG TIMBUL AKIBAT DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN ATAU KEGAGALAN PENGGUNAAN ANDA DALAM LAMAN WEB, ATAU MANA-MANA LAMAN WEB YANG BERKAITAN DENGANNYA, SEBARANG KANDUNGAN DALAM LAMAN WEB ATAU LAMAN WEB LAIN SEPERTINYA ATAU SEBARANG PERKHIDMATAN ATAU PRODUK YANG DIPEROLEH MELALUI LAMAN WEB ATAU LAMAN WEB LAIN SEPERTINYA, TERMASUK UNTUK MANA-MANA PAMPASAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHUSUS, TELADAN ATAU PUNITIF, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, KESAKITAN DAN PENDERITAAN, TEKANAN EMOSI, KEHILANGAN HASIL, KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN PERNIAGAAN ATAU SIMPANAN YANG DIJANGKA, KEHILANGAN PENGGUNAAN, KEHILANGAN MUHIBAH, KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN DATA, DAN SAMA ADA DISEBABKAN OLEH TORT (TERMASUK KECUAIAN), PELANGGARAN KONTRAK ATAU SEBALIKNYA, MESKIPUN BOLEH DIJANGKA.
YANG TERSEBUT DI ATAS TIDAK MEMPENGARUHI LIABILITI YANG TIDAK BOLEH DIKECUALIKAN ATAU TERHAD DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI.
7.2 Ganti rugi – Produk
Anda bersetuju untuk mempertahankan, mengganti rugi dan tidak mempertanggungjawabkan Norwex, sekutunya dan pemberi lesennya serta pegawai, pengarah, kakitangan, kontraktor, ejen, pemberi lesen dan pembekalnya daripada dan terhadap sebarang tuntutan, liabiliti, kerosakan, penghakiman, penghargaan, kerugian, kos, perbelanjaan atau yuran (termasuk bayaran peguam yang munasabah) yang disebabkan oleh pelanggaran anda terhadap Terma ini atau (i) penggunaan Produk yang tidak dibenarkan oleh anda, dan/atau (ii) penggunaan Produk selain daripada yang diarahkan, selain daripada yang dinyatakan secara jelas dalam Terma ini.
8. Hak Milik Intelek
Keseluruhan kandungan Laman Web (termasuk semua muat turun, maklumat, perisian, teks, paparan, katalog, gambar, video dan audio) dan reka bentuk, pemilihan dan susunannya, adalah dimiliki oleh Norwex atau pemberi lesennya dan dilindungi oleh Singapura, United Kingdom, Kanada, Kesatuan Eropah dan undang-undang antarabangsa mengenai hak cipta, paten, tanda dagangan, rahsia perdagangan dan harta intelek lain, hak perindustrian atau hak milik.
Anda dibenarkan menggunakan Laman Web untuk tujuan peribadi atau perniagaan sah anda. Melainkan jika dibenarkan secara nyata oleh Norwex, anda tidak boleh menyalin, mengubah, mencipta karya terbitan, memaparkan atau melakukan secara terbuka, menerbitkan semula, memuat turun atau menyimpan, atau menghantar apa-apa bahan dalam Laman Web kami, atau Laman Web itu sendiri tanpa keizinan bertulis daripada Norwex dalam setiap keadaan.
Anda tidak boleh:
- Mengubah suai salinan kertas atau digital sebarang bahan yang terdapat dalam Laman Web ini;Â
- Menggunakan sebarang turutan ilustrasi, gambar, video atau audio atau sebarang grafik secara berasingan daripada teks yang disertakan;
- Memadam atau mengubah sebarang hak cipta, tanda dagangan dan notis hak milik lain yang terdapat pada bahan tersebut.
Sekiranya anda ingin menggunakan sebarang bahan dalam Laman Web, yang tidak ditujukan khusus untuk penggunaan umum atau pemasaran atau selain daripada yang dinyatakan di atas, sila kemukakan permintaan anda kepada:
sg-info@norwex.com.
Sekiranya anda mencetak, menyalin, mengubah suai, memuat turun atau sebaliknya menggunakan mana-mana bahagian Laman Web yang melanggar Terma ini, sebagai tambahan kepada sebarang hak dan penyelesaian undang-undang lain yang tersedia kepada kami, hak anda untuk menggunakan Laman Web akan dihentikan serta-merta dan anda mestilah, mengikut pilihan kami, mengembalikan atau memusnahkan sebarang salinan bahan yang telah anda lakukan.
Tiada hak, pemilikan atau kepentingan dalam atau kepada Laman Web atau sebarang kandungan dalam Laman Web yang dipindahkan kepada anda, dan semua hak yang tidak diberikan secara nyata adalah dipelihara oleh Norwex dan/atau pemberi lesennya. Sebarang penggunaan Laman Web yang tidak dibenarkan secara nyata oleh Terma ini adalah pelanggaran Terma ini dan mungkin melanggar hak cipta, tanda dagangan dan undang-undang lain.
9. Tanda Dagangan Norwex
Nama, tanda dagangan, logo Norwex dan semua nama, logo, Produk dan perkhidmatan, reka bentuk dan slogan yang berkaitan adalah tanda dagang Norwex, sekutunya atau pemberi lesennya. Anda tidak boleh menggunakan tanda tersebut tanpa keizinan bertulis Norwex terlebih dahulu. Semua nama, jenama dan tanda dagangan lain digunakan untuk tujuan pengenalan sahaja dan merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.
10. Penggunaan Terlarang
Anda boleh menggunakan Laman Web ini hanya untuk tujuan yang sah dan menurut Terma ini.
Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Laman Web:
Dengan apa cara sekalipun yang melanggar undang-undang atau peraturan persekutuan, negeri, tempatan dan antarabangsa yang terpakai (termasuk, tanpa had, mana-mana undang-undang mengenai eksport data atau perisian ke dan dari Singapura, AS, Kanada, EU atau negara lain); atau
Untuk menghantar, dengan sengaja menerima, memuat naik, memuat turun, menggunakan atau menggunakan semula sebarang bahan yang tidak mematuhi Terma ini;
Untuk menghantar, atau mendapatkan pengiriman, sebarang bahan iklan atau promosi bukan Norwex, atau sebarang "mel remeh", "surat berantai" "spam" atau permintaan lain yang sepertinya;
Untuk menerbitkan, menghantar, memuat naik, menyebarkan atau mengedarkan kandungan, bahan atau maklumat yang tidak sesuai, tidak senonoh, memfitnah, melanggar, lucah, tidak sopan, pornografi, membenci atau menyalahi undang-undang;
Untuk menyamar atau cuba menyamar sebagai Norwex atau kakitangan Norwex, pengguna, atau individu atau entiti lain (termasuk, tanpa had, penggunaan alamat e-mel yang berkaitan dengan mana-mana perkara di atas);
Untuk melakukan sebarang tindakan lain yang menyekat atau menghalang penggunaan atau perolehan Laman Web oleh sesiapa sahaja, atau yang, seperti yang ditentukan oleh kami, boleh membahayakan Norwex atau pengguna Laman Web atau mendedahkan mereka kepada liabiliti;
Untuk mengambil atau mengumpulkan maklumat mengenai individu lain, termasuk alamat e-mel, tanpa persetujuan mereka;
Untuk berusaha mendapatkan akses tanpa keizinan kepada, mengganggu, merosakkan, membebani atau menggendalakan mana-mana bahagian Laman Web, pelayan tempat Laman web disimpan, atau mana-mana pelayan, komputer atau pangkalan data yang dihubungkan kepada Laman Web; atau menyerang Laman Web melalui serangan penolakan perkhidmatan atau serangan penolakan perkhidmatan yang diedarkan; atau sebaliknya cuba mengganggu fungsi Laman Web yang betul.
Memperkenalkan sebarang virus, kuda trojan, cecacing, bom logik atau bahan lain yang berniat jahat atau berbahaya dari segi teknologi;
Anda tidak boleh menggunakan sebarang "deep-link", "page-scrape", "robot", "spider" atau peranti, program, algoritma atau metodologi automatik lain, atau proses manual yang serupa atau setara dengannya, untuk mengakses, memperoleh, menyalin atau memantau mana-mana bahagian Laman Web, atau dengan apa cara sekalipun menghasilkan semula atau memintas struktur navigasi atau pembentangan Laman Web untuk memperoleh atau berusaha mendapatkan bahan, dokumen atau maklumat dengan apa cara sekalipun yang tidak sengaja disediakan melalui Laman Web.
Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini akan mengakibatkan Norwex menamatkan akses anda kepada Laman Web dan mungkin menjadi asas tindakan undang-undang terhadap anda.
11. Sumbangan Pengguna
Laman Web mungkin mengandungi papan pesanan, perkhidmatan sembang, forum, blog, papan buletin dan ciri interaktif lain (secara kolektif, "Perkhidmatan Interaktif") yang membolehkan anda menyiarkan, menghantar, menerbitkan, memaparkan atau mengirim kepada pengguna lain kandungan atau bahan termasuk, tanpa apa-apa had, maklum balas, log sembang, log forum, e-mel, gambar, tangkapan skrin, atau sebarang jenis komunikasi sekalipun yang anda cipta daripada dan/atau menyisipkan, menambah, melampirkan atau memuat naik ke dalam Perkhidmatan Interaktif (secara kolektif, "Sumbangan Pengguna") dalam atau melalui Laman Web. Semua Sumbangan Pengguna mestilah mematuhi Standard Kandungan yang ditetapkan dalam Terma ini.
Sebarang Sumbangan Pengguna yang anda hantar dalam Laman Web akan dianggap sebagai bukan sulit, dan kami berhak untuk menggunakan, menyalin, menyebarkan dan mendedahkan kepada pihak ketiga mana-mana bahan tersebut untuk sebarang tujuan.
Anda mewakili dan memberi waranti bahawa (i) anda memiliki atau mengawal semua hak dalam dan atas Sumbangan Pengguna dan berhak untuk memberi Norwex dan sekutunya lesen yang diberikan di atas; dan (ii) bahawa semua Sumbangan Pengguna akan anda mematuhi Terma ini, dan anda bersetuju untuk mempertahankan, mengganti rugi dan tidak mempertanggungjawabkan Norwex serta sekutu dan pemberi lesennya atas sebarang pelanggaran perwakilan dan waranti tersebut.
Anda memahami dan mengakui bahawa anda bertanggungjawab untuk sebarang Sumbangan Pengguna yang anda kirimkan atau sumbangkan, dan anda, bukan Norwex, bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan tersebut, termasuk kesahan, kebolehpercayaan, ketepatan dan kesesuaiannya. Sebarang kandungan dan/atau pendapat yang dimuat naik, dinyatakan atau dihantar ke Laman Web, dan semua artikel dan maklum balas terhadap pertanyaan dan kandungan yang lain, selain daripada kandungan yang disediakan oleh Norwex, adalah semata-mata pendapat dan tanggungjawab individu atau entiti yang menghantarkannya dan tidak semestinya menggambarkan pendapat Norwex. Kami tidak bertanggungjawab, atau dipertanggungjawabkan kepada mana-mana pihak ketiga, untuk kandungan atau ketepatan sebarang bahan yang dihantar oleh anda atau mana-mana pengguna Laman Web yang lain.
Anda bersetuju untuk memberikan sebarang hak yang mungkin anda miliki dalam mana-mana Sumbangan Pengguna kepada Norwex dan untuk melaksanakan sebarang dan semua dokumen yang diperlukan untuk memberikan hak tersebut kepada Norwex. Sebagai alternatif, jika pemberian hak seperti itu didapati melanggar mana-mana undang-undang tempatan, anda dengan ini memberikan kepada Norwex lesen yang kekal, bebas royalti, tidak dapat ditarik balik dan tidak terhad untuk menggunakan Sumbangan Pengguna dengan cara sedemikian, termasuk tanpa had, untuk sublesen dan penggunaan secara komersial mana-mana Sumbangan Pengguna, yang ditentukan oleh Norwex mengikut budi bicaranya sendiri.
11.1 Sumbangan Pengguna – Penguatkuasaan; Penamatan
Kami berhak, mengikut budi bicara kami sendiri untuk:
Memadam, menyunting atau enggan menghantar mana-mana Sumbangan Pengguna atas alasan apa sekalipun;
Mengambil tindakan berkenaan dengan Sumbangan Pengguna yang kami anggap perlu, jika kami percaya bahawa Sumbangan Pengguna tersebut melanggar Terma, termasuk Standard Kandungan, melanggar mana-mana hak harta intelek, atau boleh menimbulkan liabiliti kepada Norwex;
Mendedahkan identiti anda kepada mana-mana pihak ketiga yang mendakwa bahawa bahan yang anda hantar melanggar hak mereka, termasuk hak harta intelek mereka atau hak mereka untuk privasi;
Mengambil tindakan undang-undang yang sesuai untuk mana-mana penggunaan Laman Web yang tidak sah atau tanpa keizinan;
Menghentikan akses anda kepada semua atau sebahagian dari Laman Web dengan sebarang atau tanpa alasan, termasuk tanpa had, pelanggaran terhadap Terma ini.
Tanpa mengehadkan yang disebutkan di atas, kami berhak untuk bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak penguatkuasa atau perintah mahkamah yang meminta atau mengarahkan kami untuk mendedahkan identiti sesiapa yang mengahntar sebarang bahan dalam atau melalui Laman Web. ANDA MENEPIKAN DAN TIDAK MEMPERTANGGUNGJAWABKAN NORWEX DAN/ATAU SEKUTUNYA ATAS SEBARANG TUNTUTAN YANG TIMBUL AKIBAT SEBARANG TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH NORWEX DAN/ATAU SEKUTUNYA KETIKA ATAU HASIL SIASATANNYA DAN DARIPADA SEBARANG TINDAKAN YANG DIANGGAP SEBAGAI AKIBAT SISATAN OLEH NORWEX ATAU PIHAK PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG.
Walau bagaimanapun, kami tidak dapat meninjau semua bahan sebelum disiarkan dalam Laman Web atau memastikan pemadaman segera bahan yang tidak menyenangkan setelah disiarkan. Oleh itu, Norwex tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan atau ketiadaan tindakan berhubung penghantaran, komunikasi atau kandungan yang diberikan oleh mana-mana pengguna atau pihak ketiga. Kami tidak menanggung liabiliti atau bertanggungjawab kepada sesiapa pun atas prestasi atau ketiadaan prestasi aktiviti yang dinyatakan dalam bahagian ini.
12. Standard Kandungan
Standard kandungan ini terpakai untuk semua dan sebarang Sumbangan Pengguna dan Perkhidmatan Interaktif. Sumbangan Pengguna mestilah secara keseluruhan mematuhi semua undang-undang dan peraturan persekutuan, negeri, tempatan dan antarabangsa yang terpakai. Tanpa mengehadkan perkara di atas, Sumbangan Pengguna tidak boleh:
Mengandungi sebarang bahan yang memfitnah, lucah, tidak senonoh, kasar, menyinggung perasaan, mengganggu, ganas, membenci, marah atau sebaliknya tidak menyenangkan;
Mempromosikan bahan jelas seksual, pornografi, kekerasan, atau diskriminasi berdasarkan bangsa, jantina, agama, kewarganegaraan, kelainan upaya, orientasi seksual atau usia;
Melanggar sebarang hak paten, tanda dagangan, rahsia perdagangan, hak cipta atau hak intelektual mana-mana individu lain;
Melanggar hak undang-undang (termasuk hak publisiti dan privasi) individu lain atau mengandungi sebarang bahan yang boleh menimbulkan sebarang liabiliti sivil atau jenayah berdasarkan undang-undang atau peraturan yang terpakai atau yang mungkin bertentangan dengan Terma ini dan Dasar Privasi kami;
Berkemungkinan untuk menipu mana-mana individu. Menyebabkan rasa terganggu, ketidakselesaan atau berkemungkinan akan menyakitkan hati, memalukan, mencemaskan atau mengganggu mana-mana individu lain;
Mempromosikan aktiviti haram, atau menganjurkan, mempromosikan atau membantu sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang;
Digunakan untuk menyamar sebagai mana-mana individu, atau untuk menyalahgambarkan identiti atau hubungan anda dengan mana-mana individu atau organisasi;
Melibatkan aktiviti komersial dan/atau jualan tanpa persetujuan bertulis kami terlebih dahulu, seperti pertandingan, cabutan bertuah dan promosi jualan lain, skim barter, pengiklanan atau piramid;
Memberikan gambaran bahawa ia berasal daripada kami, sedangkan ia tidak berlaku.
13. Dasar Hak Cipta
Norwex menghormati hak harta intelek, termasuk hak cipta, individu lain dan menghendaki semua yang mengunjungi Laman Web kami untuk turut berbuat demikian. Kami mungkin, dalam keadaan yang sesuai dan mengikut budi bicara kami, memadam atau menamatkan akses kepada bahan dalam Laman Web yang melanggar hak cipta individu lain. Kami juga mungkin, mengikut budi bicara kami, memadam atau menamatkan pautan atau rujukan ke lokasi dalam talian yang mengandungi bahan atau aktiviti yang melanggar hak cipta individu lain.
Sekiranya anda percaya bahawa karya anda telah digunakan dalam Laman Web kami dengan sebarang cara yang merupakan pelanggaran hak cipta, sila maklumkan kepada ejen hak cipta Norwex melalui e-mel kepada [sg-info@norwex.com]. Notis mesti mengandungi maklumat berikut:
- Tanda tangan elektronik atau fizikal seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta yang didakwa dilanggar;Â
- Keterangan mengenai karya berhak cipta yang anda dakwa telah dilanggar, termasuk salinan karya berhak cipta atau alamat laman web tempat karya berhak cipta dapat ditemui;
- Pengenalpastian lokasi dalam Laman Web kami mengenai bahan yang anda dakwa telah dilanggar hak cipta, atau pautan atau rujukan ke laman web lain yang mengandungi bahan yang anda dakwa telah dilanggar hak cipta;
- Nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel anda;
- Kenyataan oleh anda bahawa anda mempercayai sepenuhnya bahawa penggunaan bahan yang menjadi isu tersebut adalah tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejen pemilik hak cipta yang sah; dan
- Pengisytiharan yang ditandatangani oleh anda, bahawa maklumat dalam notis ini adalah tepat dan bahawa anda adalah pemilik hak cipta bahan yang didakwa telah dilanggar hak cipta atau diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta.
14. Pergantungan pada Maklumat yang Dihantar
Maklumat yang disampaikan dalam atau melalui Laman Web adalah disediakan hanya untuk tujuan maklumat umum. Kami tidak menjamin ketepatan, kesempurnaan atau kegunaan maklumat ini. Sebarang pergantungan yang anda berikan pada maklumat sedemikian adalah atas risiko anda sendiri. Kami menafikan semua liabiliti dan tanggungjawab yang timbul daripada pergantungan terhadap bahan tersebut oleh anda atau mana-mana pengunjung lain ke Laman Web.
15. Maklumat Mengenai Anda dan Lawatan Anda ke Laman Web
Kami mengumpulkan dan menggunakan maklumat mengenai anda mengikut Dasar Privasi kami. Dengan menggunakan Laman Web, anda membenarkan pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi anda, dan anda mewakili dan memberi waranti bahawa semua data yang anda berikan kekal tepat sepanjang masa.
16. Pautan kepada Laman Web
Anda boleh membuat pautan kepada laman utama kami, dengan syarat anda melakukannya dengan cara yang adil dan sah dan tidak merosakkan reputasi kami atau mengambil kesempatan atasnya, dan kecuali jika dipersetujui sebaliknya, anda tidak boleh membuat pautan sepertinya yang mencadangkan sebarang bentuk kaitan, kelulusan atau sokongan daripada pihak kami yang tidak wujud.
Anda tidak boleh membuat pautan daripada mana-mana laman web yang bukan milik anda. Laman web yang anda pautkan mestilah mematuhi semua aspek Standard Kandungan yang dinyatakan dalam Terma ini. Anda bersetuju untuk bekerjasama dengan kami untuk menghentikan sebarang pembingkaian atau pautan yang tidak sah. Kami berhak menarik balik keizinan pautan tanpa notis.
17. Pautan daripada Laman Web
Sekiranya Laman Web mengandungi pautan ke laman web lain dan sumber yang disediakan oleh pihak ketiga, pautan ini disediakan untuk kemudahan anda sahaja. Kami tidak mempunyai kawalan atas kandungan laman web atau sumber tersebut, dan tidak bertanggungjawab atas mereka atau atas kerugian atau kerosakan yang mungkin timbul daripada penggunaan laman web tersebut oleh anda. Sekiranya anda memutuskan untuk mengakses mana-mana laman web pihak ketiga yang dipautkan kepada atau daripada Laman Web ini, anda melakukannya atas risiko anda sendiri sepenuhnya dan tertakluk pada terma dan syarat penggunaan laman web tersebut.
18. Sekatan Geografi – Kawasan yang Terlarang
Tidak semua ciri, Produk atau perkhidmatan yang dibincangkan, dirujuk, disediakan atau ditawarkan melalui Laman web ini tersedia untuk semua individu atau di semua lokasi geografi. Akses kepada Laman Web mungkin tidak sah di negara-negara tertentu. Sekiranya anda mengakses Laman Web dari luar Singapura, anda melakukannya atas inisiatif anda sendiri dan bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan.
19. Penafian Waranti
Anda faham bahawa kami tidak dapat dan tidak menjamin atau memberi waranti bahawa fail yang tersedia untuk dimuat turun daripada internet atau Laman Web akan bebas daripada virus atau kod pemusnah yang lain. Anda bertanggungjawab untuk melaksanakan prosedur dan pemeriksaan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan khusus anda bagi perlindungan antivirus dan ketepatan input dan output data, dan untuk menjaga cara luaran Laman Web kami untuk sebarang penyusunan semula mana-mana data yang hilang. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH SERANGAN PENOLAKAN PERKHIDMATAN YANG DIEDARKAN, VIRUS ATAU BAHAN LAIN YANG BERBAHAYA DARI SEGI TEKNOLOGI, YANG MUNGKIN MENYERANG PERALATAN KOMPUTER ANDA, PROGRAM KOMPUTER, DATA ATAU BAHAN PROPRIETARI LAIN AKIBAT PENGGUNAAN LAMAN WEB ATAU PERKHIDMATAN ATAU ITEM YANG DIPEROLEH MELALUI LAMAN WEB OLEH ANDA ATAU MUAT TURUN ANDA MENGENAI SEBARANG BAHAN YANG DIPAPARKAN DI DALAMNYA, ATAU PADA SETIAP LAMAN WEB YANG BERKAITAN DENGANNYA.
PENGGUNAAN LAMAN WEB OLEH ANDA, KANDUNGANNYA DAN SEBARANG PRODUK, PERKHIDMATAN ATAU MUAT TURUN YANG DIPEROLEH MELALUI LAMAN WEB ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. LAMAN WEB, KANDUNGANNYA DAN SEBARANG PERKHIDMATAN ATAU ITEM YANG DIPEROLEH MELALUI LAMAN WEB ADALAH DISEDIAKAN DENGAN ASAS "SEBAGAIMANA ADANYA" DAN "SEBAGAIMANA TERSEDIA", TANPA SEBARANG PERWAKILAN DAN WARANTI ATAU APA JUA JENIS SYARAT, SAMA ADA JELAS ATAU TERSIRAT. NORWEX ATAU MANA-MANA INDIVIDU YANG BERKAITAN DENGAN NORWEX TIDAK MEMBERI WARANTI ATAU PERWAKILAN MENGENAI KESEMPURNAAN, KESELAMATAN, KEBOLEHPERCAYAAN, KUALITI, KETEPATAN ATAU KETERSEDIAAN LAMAN WEB INI. TANPA MENGEHADKAN YANG DISEBUT DI ATAS, NORWEX DAN INDIVIDU YANG BERKAITAN DENGAN NORWEX TIDAK MEWAKILI ATAU MEMBERI WARANTI BAHAWA LAMAN WEB, KANDUNGANNYA ATAU MANA-MANA PERKHIDMATAN ATAU ITEM YANG DIPEROLEH MELALUI LAMAN WEB ADALAH TEPAT, BOLEH PERCAYA, BEBAS RALAT ATAU TIDAK TERGANGGU, BAHAWA KESILAPAN AKAN DIPERBAIKI, BAHAWA LAMAN WEB KAMI ATAU PELAYAN YANG MEMBOLEHKANNYA ADALAH BEBAS DARIPADA VIRUS ATAU KOMPONEN BERBAHAYA YANG LAIN ATAU BAHAWA LAMAN WEB ATAU MANA-MANA PERKHIDMATAN ATAU ITEM YANG DIPEROLEH MELALUI LAMAN WEB AKAN SEBALIKNYA MEMENUHI KEPERLUAN ATAU JANGKAAN ANDA.
NORWEX DENGAN INI MENAFIKAN SEMUA PERWAKILAN DAN WARANTI ATAU SEBARANG JENIS SYARAT, SAMA ADA JELAS ATAU TERSIRAT, BERKANUN ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA SEBARANG PERWAKILAN, WARANTI DAN KEADAAN KUALITI YANG MEMUASKAN ATAU KEBOLEHDAGANGAN, WARANTI TERSIRAT ATAS HAK, BUKAN PELANGGARAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, ATAU SEBARANG KEADAAN LAIN.
UNDANG-UNDANG TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN HAD ATAS WARANTI YANG TERSIRAT ATAU PENGECUALIAN ATAU HAD PAMPASAN TERTENTU. JIKA UNDANG-UNDANG INI TERPAKAI KEPADA ANDA, SESETENGAH ATAU SEMUA PENAFIAN DI ATAS, PENGECUALIAN, ATAU HAD MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA, DAN ANDA BOLEH MEMILIKI HAK TAMBAHAN.
20. Had Liabiliti
DALAM APA JUA KEADAAN, NORWEX, ANAK SYARIKATNYA, SEKUTUNYA, PEMBERI LESENNYA, PENYEDIA PERKHIDMATANNYA, KAKITANGANNYA, EJENNYA, PEGAWAI DAN/ATAU PENGARAHNYA TIDAK AKAN TANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG JENIS KERUGIAN, DI BAWAH SEBARANG TEORI PERUNDANGAN, YANG TIMBUL AKIBAT DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN ATAU KEGAGALAN PENGGUNAAN ANDA DALAM LAMAN WEB, ATAU MANA-MANA LAMAN WEB YANG BERKAITAN DENGANNYA, SEBARANG KANDUNGAN DALAM LAMAN WEB ATAU LAMAN WEB LAIN SEPERTINYA ATAU SEBARANG PERKHIDMATAN ATAU PRODUK YANG DIPEROLEH MELALUI LAMAN WEB ATAU LAMAN WEB LAIN SEPERTINYA, TERMASUK UNTUK MANA-MANA PAMPASAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHUSUS, TELADAN ATAU PUNITIF, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, KESAKITAN DAN PENDERITAAN, TEKANAN EMOSI, KEHILANGAN HASIL, KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN PERNIAGAAN ATAU SIMPANAN YANG DIJANGKA, KEHILANGAN PENGGUNAAN, KEHILANGAN MUHIBAH, KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN DATA, DAN SAMA ADA DISEBABKAN OLEH TORT (TERMASUK KECUAIAN), PELANGGARAN KONTRAK ATAU SEBALIKNYA, MESKIPUN BOLEH DIJANGKA.
YANG TERSEBUT DI ATAS TIDAK MEMPENGARUHI LIABILITI YANG TIDAK BOLEH DIKECUALIKAN ATAU TERHAD DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI.
UNDANG-UNDANG TERTENTU TIDAK MEMBENARKAN HAD ATAS WARANTI YANG TERSIRAT ATAU PENGECUALIAN ATAU HAD PAMPASAN TERTENTU. JIKA UNDANG-UNDANG INI TERPAKAI KEPADA ANDA, SESETENGAH ATAU SEMUA PENAFIAN DI ATAS, PENGECUALIAN, ATAU HAD MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA, DAN ANDA BOLEH MEMILIKI HAK TAMBAHAN.
21. Indemniti
Anda bersetuju untuk mempertahankan, mengganti rugi dan tidak mempertanggungjawabkan Norwex, sekutunya dan pemberi lesennya serta pegawai, pengarah, pekerja, kontraktor, ejen, pemberi lesen dan pembekal masing-masing daripada dan terhadap sebarang tuntutan, liabiliti, kerosakan, penilaian, penghargaan, kerugian, kos, perbelanjaan atau yuran (termasuk bayaran peguam yang munasabah) yang disebabkan oleh pelanggaran Terma ini atau penggunaan Laman Web oleh anda, termasuk, tanpa had, sebarang penggunaan kandungan Laman Web, perkhidmatan dan Produk selain daripada yang dinyatakan secara jelas dalam Terma ini atau penggunaan sebarang maklumat yang diperoleh dari Laman Web oleh anda.
22. Undang-undang dan Bidang Kuasa yang Mentadbir
Terma-terma ini dan sebarang pertikaian atau tuntutan yang timbul daripadanya, atau berkaitan dengannya, perkara teras atau pembentukannya (dalam setiap kes, termasuk pertikaian atau tuntutan bukan kontrak) akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Singapura tanpa memberi kesan kepada sebarang pilihan atau percanggahan undang-undang. Anda bersetuju bahawa mahkamah Singapura mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk mendengar sebarang pertikaian atau tuntutan yang timbul di bawah ini.
Walau bagaimanapun, Norwex berhak untuk mengemukakan sebarang tuntutan, tindakan atau prosiding terhadap anda kerana melanggar Terma ini di negara tempat tinggal anda atau di negara lain yang berkaitan.
Sekiranya anda mempunyai kontrak sebagai pengguna, tiada perkara dalam klausa ini yang akan mempengaruhi hak undang-undang anda.
23. Penepian dan Pemisahan
Tiada penepian Terma ini oleh Norwex akan dianggap sebagai penepian lanjutan atau sambungan daripada mana-mana terma atau syarat lain, dan sebarang kegagalan Norwex untuk menegaskan hak atau peruntukan di bawah Terma ini tidak akan membentuk penepian hak atau peruntukan tersebut. Sekiranya ada peruntukan Terma ini dipegang oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang tidak sah atau tidak boleh dilaksanakan atas apa sebab sekalipun, peruntukan tersebut akan dihapuskan atau dihadkan pada tahap minimum, supaya peruntukan Terma yang lain akan terus terpakai sepenuhnya.
24. Bahasa
Sekiranya kami telah memberi anda terjemahan kepada versi Terma bahasa Inggeris ini, maka anda bersetuju bahawa terjemahan tersebut disediakan untuk kemudahan anda sahaja dan Terma versi bahasa Inggeris ini akan mentadbir hubungan anda dengan Norwex. Sekiranya terdapat percanggahan antara apa yang dinyatakan dalam Terma versi Bahasa Inggeris dan apa yang dinyatakan oleh terjemahannya, maka versi bahasa Inggeris akan diutamakan.
25. Peristiwa Luar Kawalan
Kedua-dua pihak tidak akan bertanggungjawab atas kegagalan atau kelewatan dalam melaksanakan kewajipannya di bawah ini sekiranya kegagalan atau kelewatan tersebut disebabkan oleh peristiwa di luar kawalan pihak yang wajar, yang secara semula jadi tidak dapat diramalkan, atau, jika boleh telah diramalkan, tidak dapat dielakkan, termasuk mogok, sekatan luar atau pertikaian industri lain (sama ada melibatkan tenaga kerja sendiri atau pihak ketiga), kegagalan sumber tenaga atau rangkaian pengangkutan, bencana alam, peperangan, keganasan, rusuhan, kekacauan awam, gangguan oleh pihak berkuasa sivil atau ketenteraan, bencana domestik atau antarabangsa, konflik bersenjata, kerosakan berbahaya, kerosakan loji atau jentera, pencemaran nuklear, kimia atau biologi, ledakan sonik, letupan, keruntuhan struktur bangunan, kebakaran, banjir, ribut, gempa bumi, kehilangan di laut, wabak atau kejadian yang serupa, sebarang tindakan atau tindak balas yang dinasihatkan atau diarahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa awam yang berkaitan dengan wabak atau pandemik, kemusnahan alam atau bahaya yang keadaan cuaca yang melampau, atau kegagalan pembekal atau subkontraktor.
26. Keseluruhan Perjanjian
(i) Terma; (ii) Dasar Privasi; dan (iii) Dasar Hak Cipta membentuk satu-satunya perjanjian antara anda dan Norwex berkenaan dengan Laman Web dan menggantikan semua pemahaman, perjanjian, perwakilan dan waranti sebelumnya dan semasa, secara bertulis dan lisan, berkenaan dengan Laman Web tersebut.
27. Konvensyen Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penjualan Barang Antarabangsa
Peruntukan Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penjualan Barang Antarabangsa tidak akan terpakai untuk Terma ini.
28. Komen dan Pendapat Anda
Laman Web ini dikendalikan oleh:
Jabatan: Khidmat Pelanggan
Nombor Telefon: +65-800-852-6863
Alamat emel:
sg-info@norwex.com Atau surat menyurat ke alamat pejabat kami:
Norwex Singapore Pte. Ltd. (202018755W)
Level 08-09, The Metropolis Tower 2,
11 North Buona Vista Drive,
Singapore 138589.
Terima kasih kerana melayari laman web Norwex.